Followers

Saturday 10 December 2011

Pengenalan

Kem Perkhemahan & Percutian Desa Selesa menawarkan perkhidmatan asrama, dewan, dorm, chalet, camp site, makanan & minuman disampaing pakej aktiviti indoor dan outdoor yang pasti mencabar. Kami menyediakan perkhidmatan fasilitator yang bertauliah dan mempunyai kepakaran dalam bidang indoor dan outdoor. Modul aktiviti indoor dan outdoor yang disediakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif yang dikehendaki seperti dirancang oleh mana-mana organisasi yang memerlukan perkhidmatan kami.


Bersesuaian dengan tempat bagi menjalankan aktiviti indoor dan outdoor, Kem Perkhemahan Dan Percutian Desa Selesa yang terletak di Tanjong Malim dikelilingi dengan dusun buah-buahan disamping berhampiran Sungai Samak yang jernih pasti memberikan kepuasan dan pemandangan yang indah kepada pengunjung. Berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa selain kemudahan yang serba lengkap juga menjanjikan keselesaan kepada pengunjung.




OBJEKTIF


i. Menyediakan kemudahan perkhemahan dan percutian yang baik serta serba lengkap.
ii. Kemudahan aktiviti indoor yang baik.
iii. Aktiviti indoor dan outdoor yang mencabar.
iv. Alternatif kepada pelanggan u
ntuk membuat pilihan yang terbaik.





VISI


Memberi kemudahan perkhemahan, percutian dan latihan yang baik, berkualiti dan selamat.



MISI




Menyediakan kemudahan latihan yang baik dan mencukupi dengan persekitaran yang masih mengekalkan ekologi sedia ada dengan pakej yang berpatutan untuk memenuhi keperluan dan sasaran pelbagai kategori pelanggan.






No comments:

Post a Comment